TAJUK BESAR

Search This Blog

Sunday, May 26, 2013

AKTIVITI SULIT PADA 26 MEI 2013


AKTIVITI SULIT PADA 26 MEI 2013

Pada 26 Mei 13 kira-kira jam 0200, persiapan perang aku sudah siap. 1 piece 5 kaki (patah semasa casting haruan di MAIEPS) dan 2 piece.. Kedua-duanya cukup berbisa.
Sesudah subuh jam 0639 aku perlahan-lahan keluar rumah. (Takut pendekar jaga). Kelajuan dalam 100kms atau lebih mengikut keadaan.


Sampai di Bandar dengkil jam 0740 aku pekena roti canai kambing.


Aku mula meninggalkan kedai mamak sambil santai dan terfikir dan berangan. Sedar-sedar aku dan sampai Morip… Alamak.. Aku dah telajak jauh sudah…. Aku patah balik dan terlepas pulak simpang JUGRA. Aku terus kehadapan sikit ada simpang Jalan Sg Buaya… Aku rasa ikut sini pun bleh sampai… Dengan yakin dan kompiden aku masuk dan tersesat hamper 2 jam…
Dipendekkan cerita aku cari jalan keluar, Aku masuk balik Bandar banting dan masuk simpang JUGRA… Aku mula memancing seawall jam 0950

Hampir 2 jam aku guna pelampong. Dapat 3 ekoq.. Tengok jam ditangan dah hamper 12 tengahari aku tukar teknik casting… inilah hasilnya (3 guna pelampong dan 7 ekoq casting)


 Masa balik… Simpang T/L Dengkil


Sampai rumah aku siang terus goreng cicah air asam


Sekian sahaja aktiviti sulit aku


No comments:

Post a Comment